Kejadian reput dalam buah ialah kerosakan fisiologi tisu buah yang tidak melibatkan mikroorganisma.
Kerosakan ini menyebabkan isi buah dibahagian bawah berhampiran dengan paruh menjadi reput dan menjejaskan mutu buah.
Masa kejadian 10 minggu selepas berputik.
Buah yang terjejas tidak menunjukkan sebarang tanda kerosakan di bahagian luar,
Buah masak kurang kekejalan dibahagian lekuk berhampiran paruh buah dapat dikesan apabila ditekan.
Apabila dipotong memanjang,buah ini menunjukkan isi yang berwarna jingga kecoklatan,lembik,berair dan sering diiringi bau terfermentasi.
Teruk isi buah berwarna coklat tua atau kehitaman dan kerosakan merebak hampir keseluruh buah.
Kerosakan lebih mudah berkembang dalam buah yang mempunyai kandungan N dan K yang tinggi tetapi Ca yang rendah.
Bekalan N dan K yang berlebihan akan mengurangkan kandungan Ca di dalam Daun dan Buah.
Cara bersepadu disyorkan untuk mengawal dan mencegah kejadian reput dalam buah yang melibatkan 6 amalan:-
i) Pengkalan pH tanah pada 6.5
- tanah yang masam perlu dikapur sehingga pH mencapai 6.5 untuk menambah bekalan unsur Ca di dalam tanah. Sebaiknya gunakan batu kapur kalsium karbonat untuk meningkatkan pH atau kemasaman tanah.
- perlu dilakukan sehingga tahap had basah (field capacity) 2-3 kali seminggu bermula dari peringkat pengeluaran putik sehingga 8 minggu selepas berputik. Pengairan ini perli bagi meningkatkan kandungan Ca dalam tanah.
- pencantasan lewat diperlukan jika pencantasan sempurna tidak dilakukan selepas memetik hasil. Ini bertujuan mengelakkan pokok menjadi rimbun supaya persaingan untuk bekalan Ca antara daun dan buah dapat dikurangkan. Pokok yang terlalu rimbun juga menyukarkan penyemburan Ca secara menyeluruh pada permukaan buah. Pencantasan lewat dilakukan pada 4-5 minggu selepas berputik dengan membuang ranting kering, ranting tidak berbuah dan ranting bersilang.
- penyemburan ini dibuat untuk meningkatkan aras Ca di dalam buah dan dibuat setiap minggu mulai 4-8 minggu selepas berputik. Penyemburan larutan kalsium 2% kalsium klorida terus ke permukaan buah dibuat pada awal pagi (sebelum pukul 10 pagi) untuk mendapat penyerapan yang maksimum dan mengelakkan daun melecur. Sekiranya baja semburan Ca yang digunakan mengandungi unsur N dan K, kandungan Ca dalam baja tersebut mestilah sekurang-kurangnya 10 kali ganda lebih tinggi daripada kandungan N dan K.
- Pengesanan dilakukan melalui analisis daun dan tanah selepas memetik hasil. Untuk bebas daripada kejadian reput dalam buah, nisbah N/Ca dan K/Ca dalam daun mesti sama kurang daripada 0.5 dan 0.2. Kemasaman tanah mestilah pada pH 6.0-6.5.
- Di kawasan yang kandungan Ca dalam tanah dan pH tanahnya agak tinggi serta mendapat pembajaan N dan K dengan Ca yang seimbang, memetik buah awal didapati boleh mengurangkan kejadian reput dalam buah mangga harumanis. Bagi kawasan yang kandungan Ca dan aras pHnya rendah, memetik buah awal tidak dapat mengurangkan kejadian reput buah. Buah yang dipetik tidak perlu dimasakkan dengan cepat dengan menggunakan gas etilena. Buah yang dipetik terlalu awal menjadi masam apabila masak.
Comments