Skip to main content

KAWALAN PEROSAK & PENYAKIT

PENGENALAN SERANGGA PEROSAK

                  (PUTIK & BUNGA) 

1.Terdapat 12 Spesies perosak utama

2.Serangan perosak dari peringkat awal sehingga peringkat pengeluaran buah.

3.bahagian serangan:

-Pucuk dan daun muda

-Daun Matang

-Bunga dan putik

-Batang dan akar

Kos kawalan serangga dan penyakit mencapai sehingga 40% daripada kos pengeluaran

A:PEROSAK PUCUK DAN DAUN MUDA

1.Deporaus marginatus-Kumbang pengerat daun




















Tanda-tanda Serangan

1.Kumbang betina memotong daun muda.

2.Memakan lapisan atas tisu daun muda.

3.Daun menjadi cacat kerekot.

4.Daun seperti dikerat atau digunting.

Akibat:

Pertubuhan/pembesaran pokok terbantut.






Kawalan

AMALAN PERTANIAN BAIK(APB)

1.Pengawasan kesan kehadiran.

2.Pangkasan berjadual.3 pucuk untuk 1 dahan.Daun yang dipotong dikumpul dan dibakar.

Kawalan

1.Sembur racun serangga seperti perawis aktif:
 
a.Cypermetrin-Pekat teremulsi(EC)

b.Deltametrin-Pekat Teremulsi(EC)

Racun serangga digunakan apabila saiz daun mencapai +/-1 cm lebar.
Semburan sekali seminggu sehingga daun menjadi matang(keras)

2.Bombotelia jacosatrix-Ulat pemakan daun































Tanda-tanda Serangan

1.Kupu-kupu dewasa bertelur pada pucuk.

2.Larva yang menetas membesar & makan semua daun muda,semua bahagian pucuk termasuk bunga.

3.Terdapat banyak butiran fras pada daun dan diatas tanah.

 Akibat:

Serangan perosak yang berlaku dalam tempoh 2-5 hari tanpa rawatan akan menyebabkan kerosakan yang teruk pada pucuk muda dan bunga.

Kawalan

AMALAN PERTANIAN BAIK(APB)

1.Pengawasan kesan kehadiran.

2.Kutip dan bunuh larva yang terdapat pada daun dan bunga.

3.Kawalan biologi menggunakan Bacillus thuringiensis dan kerengga.

Kawalan

1.Sembur racun serangga seperti perawis aktif:

a.Imidacloprid-Pekatan Larut air(SL)

b.Chlorpyrifos+Cypermetrin-Pekat Teremulsi(EC)

ketika tunas baru tumbuh atau ketika kudup bunga mula tumbuh dan sebelum bunga kembang.

2.Elakkan semburan ketika bunga sedang kembang.

3.Hypomeces squamosus-Kumbang Belangkas


















Kumbang yang sukar dikawal menyerang pucuk dan daun muda serta memakan tangkai buah yang belum matang.

Warna kuning keemasan,putih berkilauan dan berbulu.

Gemar berpacaran dengan pasangan sambil makan-makan.

Tanda-tanda serangan.

1.Kumbang dewasa memakan pucuk dan daun muda.

2.kumbang makan tangkai buah sehingga buah luruh awal.


Kawalan

AMALAN PERTANIAN BAIK(APB)

1.Pengawasan kesan kehadiran.

2.Balut buah di peringkat kecil bagi mengurangkan serangan buah.


Kawalan

Tiada racun khusus.

4.Idioscopus nitidulus-Lelompat daun



*Lelompat dewasa.

*Menghisap bunga,pucuk.

*Peringkat "nim"menghisap bunga,pucuk
*Kitaran hidup 12-16 H























Tanda-tanda Serangan

1.Serangga dewasa dan nim menghisap cairan sel bunga.

 Akibat:

Pertumbuhan terbantut.

Bunga kering dan gugur

Menyebabkan kulapok hitam






*Lelompat dewasa menghisaap cecair bunga


*Nimfa pada jambak bunga mangga.
*Bunga menjadi kering "black stains"yang ada jika serangan teruk berlaku.
 

Kawalan

AMALAN PERTANIAN BAIK(APB)

1.Pengawasan kesan kehadiran.

2.Periksa pokok sekurang-kurangnya 5% daripada jumlah pokok.

3.Perlu kawal rumpai dengan efisyen.

Kawalan

1.Sembur racun serangga seperti perawis aktif:

a.Imidacloprid-Pekatan Larut air(SL)

b.Chlorpyrifos+Cypermetrin-Pekat Teremulsi(EC)

ketika tunas baru tumbuh atau ketika kudup bunga mula tumbuh dan sebelum bunga kembang.

2.Elakkan semburan ketrika bunga sedang kembang.

5.Thrips spp,Haplopthrips pictipes-Kutu Thrips
























Tanda-tanda Serangan

1.Menyerang bunga,daun muda dan putik mangga.

2.Tanda awal pucuk terbantut,daun muda berkerekot dan jadi kering.

3.Bunga gugur

4.Putik buah bila besar tunjuk kesan parut pada permukaan kulit.

Daun muda diserang oleh Thrips Haplothrip pictipes



Kesan serangan kutu Thrips pada bunga dan putik Mangga














    *Daun muda yang baru        *Daun yang menjadi 
      Diserang.                              kering.



Kesan serangan Kutu Thrips

Kawalan

AMALAN PERTANIAN BAIK(APB)

1.Pengawasan kesan kehadiran.

2.Pasang perangkap untuk mengesan kehadiran Thrips-setiap minggu sepanjang musim kemarau

Kawalan

1.Sembur racun serangga seperti perawis aktif:


a.Imidacloprid-Pekatan Larut air(SL)


b.Deltametrin-Pekat Teremulsi(EC)


Penyemburan racun serangga hendaklah dibuat bila dikesan serangan tersebut.


6.Chlumentia transversa-Ulat Pengorek Pucuk























*Dewasa bertelur di atas pucuk.Selepas menetas,larva akan mengorek masuk ke dalam pucuk.

*Pucuk menjadi BENGKAK dan terkulai.

*Ulat mengorek lubang pada dahan/urat daun         muda dahulu sebelum masuk ke pucuk





Kawalan

AMALAN PERTANIAN BAIK(APB)

1.Pengawasan kesan kehadiran.

2.Periksa pokok sekurang-kurangnya 5% daripada jumlah pokok.

3.Perlu kawal rumpai dengan efisyen.

Kawalan

1.Sembur racun serangga seperti perawis aktif:

a.Cyhalothrin-Ampaian Kapsul(CS)

b.Beta-Cypermetrin-Pekat Teremulsi(EC)

Semburan dijalankan ketika pokok mengeluarkan pucuk@bunga dan sebelum bunga kembang.

A:PEROSAK DAUN MATANG

1.Orthaga incarusalis-Ulat Pembuat Sawang




Tanda-tanda Serangan

1.Ulat/larva dalam bilangan yang banyak berlindung dalam sawang daun.

2.Larva memakan permukaan daun dan menyebabkan daun kering dan mati.

Kawalan

1.Pangkas ranting yang terlibat







2.Tetranychus cinnabarinus-Hamama

1.Sangat halus,memerlukan kanta untuk melihat.

2.Mempunyai 4 pasang kaki.
















1.Menghisap cairan sel dibawah permukaan daun.

2.Selalu menyerang musim kering

3.Simptom utama menunujukkan bronzy tompok-tompok berwarna tembaga.







Kawalan

AMALAN PERTANIAN BAIK(APB)

1.Pengawasan kesan kehadiran.

2.Perlu buat THINNING selalu.

3.Daun-daun yang dipotong dikumpul dan dibakar.

4.Kawal guna semburan air sabun(detergent)

Kawalan

1.Sembur racun serangga seperti perawis aktif:

a.Tetradifon-Pekat Teremulsi(EC)

b.Sulfur-Butir Terserak Air

Sembur dibahagian bawah daun

2.Rastrococcus spp-Koya







1.Merupakan perosak PRIMITIF,tidak dapat dibezakan yang mana kaki dan kepala.

2.Badan berlilin dan kebal dengan racun


3.Selalunya terlibat denga kehadiran"sooty moulds"

Kawalan

AMALAN PERTANIAN BAIK(APB)

1.Perlu buat cantasan  dan THINNING pada daun yang banyak serang.

2.Jaga kebersihan dan sanitasi ladang.


Kawalan

1.Sembur racun serangga seperti perawis aktif:

a.White Oil 
   WaterBased-Pekat Teremulsi(EC)

Penyemburan racun serangga perlu dilakukan secara SPOT SPRAYING secara kerap jika tidak serius.Jika serius perlu dilakukan semburan secara menyeluruh dan basah keseluruhan daun.

PENYAKIT TANAMAN MANGGA

*Penyakit boleh disebabkan oleh BAKTERIA,KULAT@VIRUS dan juga penyakit baka/keturunan.

1.Antraknos-Colletotrichum gloeosporiodes



-Paling bahaya pada tanaman mangga.

-Menyerang pucuk,daun,bunga dan buah.

-Mudah merebak bila musim hujan.

Simptom pada asalnya bintik nekrotik pada daun.

Bintik kemudian jadi besar samada bulat @bersegi.

Bintik coklat muda jadi coklat tua,bila bayak,daun layu dan kering.



Hawar Bunga.

Berlaku pada jambak bunga dan ini akan halang jadi putik buah.



Bintik nekrotik berwarna hitam akan membesar bila buah masak.

Tisu dibawah bahagian nekrotik akan reput.



2.Kulapuk Hitam-Meliola mangiferae

-Seakan-akan Sooty mould tetapi yang ini parasitik

-Tompok hitam seperti baldu

-Kawalan dengan Cantasan 

-Guna"White Oil"Kawal serangga



3.Jelaga Hitam-Ascomycete spp

-Dikenali dengan nama"sooty mould"dan kurang serius

-Berlaku daun terlalu rimbun.

-Biasa ada KOYA.Mendapat makanan daripada manisan yag dikeluarkan oleh KOYA.

-Mengurangkan permukaan untuk fotosintesis.

-Belaku pda buah,dahan,ranting dan daun

-Bukan PARASITIK.


4.Tompok Algae-Cephaleurus virescens

-Tompok warna OREN BERKARAT dan akhirnya menjadi tompok kelabu.

-Tompok ini biasanya bertemu jadi besar.

-Daun akhirnya jadi lecur dan kering.

-Selalu terjadi pada pokok yang kurang subur.



5.Reput Daun-Sphaceloma spp

-Bintik bersegi yang bercantum dan membesar pada daun.

-Menyerang daun matang dan tidak terkecuali daun muda.

-Menyerang kedua-dua lapisan atas dan bawah daun menyebabkan daun seakan-akan"transparent"sehingga kering dan akhirnya daun reput dan mati.




6.Penyakit Keruping-Elsinoe magniferae

-Bintik coklat kehitaman.

-Jangkitan pada daun muda,jambak bunga dan buah.

-Mudah berjangkit bila lembab-sebaran melalui percikan air.

Kawalan

Mancozeb,Propineb







7.Reput Pangkal Buah(Stem End Rod)-Botryodiplodia theobromae

-Masalah pasca tuai.

-Kulat menyerang di pangkal buah yang luka akibat pedicel tanggal.

-Kawalan Kultura-tuai dengan pedicel masih terlekat.

-Kawalan kimia-boleh buat dipping dalam bancuhan 

Contoh

1.Benomly-Benlate
2.Propiconazole-Tilt




Kesan penggunaan racun secara cocktail yang tidak sempurna. 









Comments

AMIR said…
TERIMA KASIH, INFO AMAT MEMBANTU SAYA MENYIAPKAN ASSIGNMENT

Popular posts from this blog

MEMBALUT BUAH

KEPENTINGAN MEMBALUT BUAH. 1.Elak serangan lalat buah dan perosak lain. 2.Lindung dari hujan dan agen perosak. 3.Kualiti Gred buah A. 4.Warna kulit buah bersinar dan cantik. 5.Cegah berlaku geseran buah dengan daun dan ranting. 6.Elak kecederaan ketika proses penuaian. 7.Lindung dari kesan racun di ladang. 8.Kurang kos racun kimia. ADAKAH PEMBALUT BOLEH DIGUNAKAN 2-3 KALI? TEMPOH MASA MEMBALUT BUAH *5 minggu dari "fruit set" *Ukurlilit buah 16 cm- 19 cm *Pungut hasil selepas 8 minggu dari tarikh balut. KAEDAH MEMBALUT .1.Kertas pembalut yang digunakan adalah seperti kertas pembalut 2 lapisan dan kertas pembalut      putih berlilin@Koko lapisan karbon di dalam. 2.Kertas pembalut disarungkan pada buah dengan berhati-hati sambil menjerut pembalut pada               tangkai buah. 3.Dawai pengikat pada kertas pembalut dililitkan dengan cermat pada tangkai buah.lilitan hendaklah     dibuat 3 cm hingga 4 cm dari tampuk puti buah.

ARUHAN PEMBUNGAAN

PENGGUNAAN PBZ(PACLOBUTRAZOL TUJUAN 1.Mengalakkan pengeluaran. 2.Berbunga serentak. 3.Banyak bunga/lebat 4.Tangkai panjang/kuat. 5.Menepati masa. KAEDAH MERAWAT PBZ 1.Mudah dan murah tetapi memberi kesan yang baik. 2.Secara siram lencunan di sekeliling pangkal pokok. 3.Sesuai pada pokok selepas 2-3 kali berpucuk. 4.Masa yang sesuai untuk aruhan ialah 2-21/2 bulan(60-75 hari)sebelum jangkaan musim berbunga. 5.Kadar:mengikut umur pokok seperti yang telah ditetapkan pada label. 6.PBZ(pekat)dibancuh dengan 1 liter air bersih dan siram secara lencunan tanah di sekeliling pangkal pokok. POKOK YANG SEDIA/SESUAI UNTUK DIRAWAT DENGAN PBZ 1.Telah berpucuk 2-3 kali selepas pemangkasan. 2.Daun telah matang sekurang-kurangnya  telah bertukar hijau muda. 3.Pokok sihat denagn daun sempurna pada ranting melebihi 30 helai. Kadar: 1.Umur 3-5 tahun(4-6 ml/500ml. 2.Umur 6-9 tahun(6-8 ml/1000ml. 3.Umur >10 tahun(10-14 ml/1000ml. PBZ lebih. 1.Rencat tumbesa