Skip to main content

IFR-Insidious fruit rot









Kejadian reput dalam buah ialah kerosakan fisiologi tisu buah yang tidak melibatkan mikroorganisma.

Kerosakan ini menyebabkan isi buah dibahagian bawah berhampiran  dengan paruh menjadi reput dan menjejaskan mutu buah.

Masa kejadian 10 minggu selepas berputik.

Buah yang terjejas tidak menunjukkan sebarang tanda kerosakan di bahagian luar,

Buah masak kurang kekejalan dibahagian lekuk berhampiran paruh buah dapat dikesan apabila ditekan.

Apabila dipotong memanjang,buah ini menunjukkan isi yang berwarna jingga kecoklatan,lembik,berair dan sering diiringi bau terfermentasi.

Teruk isi buah berwarna coklat tua atau kehitaman dan kerosakan merebak hampir keseluruh buah.

Kerosakan lebih mudah berkembang dalam buah yang mempunyai kandungan N dan K yang tinggi tetapi Ca yang rendah.

Bekalan N dan K yang berlebihan akan mengurangkan kandungan Ca di dalam Daun dan Buah.

Cara bersepadu disyorkan untuk mengawal dan mencegah kejadian reput dalam buah yang melibatkan 6 amalan:-

i) Pengkalan pH tanah pada 6.5

  • tanah yang masam perlu dikapur sehingga pH mencapai 6.5 untuk menambah bekalan unsur Ca di dalam tanah. Sebaiknya gunakan batu kapur kalsium karbonat untuk meningkatkan pH atau kemasaman tanah. 
ii)  Pengairan

  • perlu dilakukan sehingga tahap had basah (field capacity) 2-3 kali seminggu bermula dari peringkat pengeluaran putik sehingga 8 minggu selepas berputik. Pengairan ini perli bagi meningkatkan kandungan Ca dalam tanah.
iii) Pencatasan lewat
  • pencantasan lewat diperlukan jika pencantasan sempurna tidak dilakukan selepas memetik hasil. Ini bertujuan mengelakkan pokok menjadi rimbun supaya persaingan untuk bekalan Ca antara daun dan buah dapat dikurangkan. Pokok yang terlalu rimbun juga menyukarkan penyemburan Ca secara menyeluruh pada permukaan buah. Pencantasan lewat dilakukan pada 4-5 minggu selepas berputik dengan membuang ranting kering, ranting tidak berbuah dan ranting bersilang.
iv) Penyemburan larutan kalsium
  • penyemburan ini dibuat untuk meningkatkan aras Ca di dalam buah dan dibuat setiap minggu mulai 4-8 minggu selepas berputik. Penyemburan larutan kalsium 2% kalsium klorida terus ke permukaan buah dibuat pada awal pagi (sebelum pukul 10 pagi) untuk mendapat penyerapan yang maksimum dan mengelakkan daun melecur. Sekiranya baja semburan Ca yang digunakan mengandungi unsur N dan K, kandungan Ca dalam baja tersebut mestilah sekurang-kurangnya 10 kali ganda lebih tinggi daripada kandungan N dan K.
v) Pengesanan pembajaaan nitrogen dan kalium
  • Pengesanan dilakukan melalui analisis daun dan tanah selepas memetik hasil. Untuk bebas daripada kejadian reput dalam buah, nisbah N/Ca dan K/Ca dalam daun mesti sama kurang daripada 0.5 dan 0.2. Kemasaman tanah mestilah pada pH 6.0-6.5.
vi) Pemetikan awal 
  • Di kawasan yang kandungan Ca dalam tanah dan pH tanahnya agak tinggi serta mendapat pembajaan N dan K dengan Ca yang seimbang, memetik buah awal didapati boleh mengurangkan kejadian reput dalam buah mangga harumanis. Bagi kawasan yang kandungan Ca dan aras pHnya rendah, memetik buah awal tidak dapat mengurangkan kejadian reput buah. Buah yang dipetik tidak perlu dimasakkan dengan cepat dengan menggunakan gas etilena. Buah yang dipetik terlalu awal menjadi masam apabila masak.          



Comments

Anonymous said…
Apa benda CA tu

Popular posts from this blog

KAWALAN PEROSAK & PENYAKIT

PENGENALAN SERANGGA PEROSAK                   (PUTIK & BUNGA)  1.Terdapat 12 Spesies perosak utama 2.Serangan perosak dari peringkat awal sehingga peringkat pengeluaran buah. 3.bahagian serangan: -Pucuk dan daun muda -Daun Matang -Bunga dan putik -Batang dan akar Kos kawalan serangga dan penyakit mencapai sehingga 40% daripada kos pengeluaran A:PEROSAK PUCUK DAN DAUN MUDA 1 .Deporaus marginatus -Kumbang pengerat daun Tanda-tanda Serangan 1.Kumbang betina memotong daun muda. 2.Memakan lapisan atas tisu daun muda. 3.Daun menjadi cacat kerekot. 4.Daun seperti dikerat atau digunting. Akibat : Pertubuhan/pembesaran pokok terbantut. Kawalan AMALAN PERTANIAN BAIK(APB) 1.Pengawasan kesan kehadiran. 2.Pangkasan berjadual.3 pucuk untuk 1 dahan.Daun yang dipotong dikumpul dan dibakar. Kawalan 1.Sembur racun serangga seperti perawis aktif:   a. Cypermetrin -Pekat teremulsi(EC) b .Deltametrin -Pekat

MEMBALUT BUAH

KEPENTINGAN MEMBALUT BUAH. 1.Elak serangan lalat buah dan perosak lain. 2.Lindung dari hujan dan agen perosak. 3.Kualiti Gred buah A. 4.Warna kulit buah bersinar dan cantik. 5.Cegah berlaku geseran buah dengan daun dan ranting. 6.Elak kecederaan ketika proses penuaian. 7.Lindung dari kesan racun di ladang. 8.Kurang kos racun kimia. ADAKAH PEMBALUT BOLEH DIGUNAKAN 2-3 KALI? TEMPOH MASA MEMBALUT BUAH *5 minggu dari "fruit set" *Ukurlilit buah 16 cm- 19 cm *Pungut hasil selepas 8 minggu dari tarikh balut. KAEDAH MEMBALUT .1.Kertas pembalut yang digunakan adalah seperti kertas pembalut 2 lapisan dan kertas pembalut      putih berlilin@Koko lapisan karbon di dalam. 2.Kertas pembalut disarungkan pada buah dengan berhati-hati sambil menjerut pembalut pada               tangkai buah. 3.Dawai pengikat pada kertas pembalut dililitkan dengan cermat pada tangkai buah.lilitan hendaklah     dibuat 3 cm hingga 4 cm dari tampuk puti buah.

ARUHAN PEMBUNGAAN

PENGGUNAAN PBZ(PACLOBUTRAZOL TUJUAN 1.Mengalakkan pengeluaran. 2.Berbunga serentak. 3.Banyak bunga/lebat 4.Tangkai panjang/kuat. 5.Menepati masa. KAEDAH MERAWAT PBZ 1.Mudah dan murah tetapi memberi kesan yang baik. 2.Secara siram lencunan di sekeliling pangkal pokok. 3.Sesuai pada pokok selepas 2-3 kali berpucuk. 4.Masa yang sesuai untuk aruhan ialah 2-21/2 bulan(60-75 hari)sebelum jangkaan musim berbunga. 5.Kadar:mengikut umur pokok seperti yang telah ditetapkan pada label. 6.PBZ(pekat)dibancuh dengan 1 liter air bersih dan siram secara lencunan tanah di sekeliling pangkal pokok. POKOK YANG SEDIA/SESUAI UNTUK DIRAWAT DENGAN PBZ 1.Telah berpucuk 2-3 kali selepas pemangkasan. 2.Daun telah matang sekurang-kurangnya  telah bertukar hijau muda. 3.Pokok sihat denagn daun sempurna pada ranting melebihi 30 helai. Kadar: 1.Umur 3-5 tahun(4-6 ml/500ml. 2.Umur 6-9 tahun(6-8 ml/1000ml. 3.Umur >10 tahun(10-14 ml/1000ml. PBZ lebih. 1.Rencat tumbesa