MASA SEMBURAN BAJA FOLIAR.
Mangga Harumanis akan mengeluarkan tunas bunga selepas 70 hari rawatan penggalak bunga
(paclobuttrazol)
1.Selepas 10 hari,pokok perlu disembur baja Foliar "Hi-K dan Ca"pertama.
Tujuan:
a.Cepat pengambilan nutrien oleh tanaman.
b.Tingkat kesuburan pokok.
c.Galakkan pembentukan buah.
d.Baiki rupabentuk luaran buah.
e.Tinggikan daya ketahanan terhadap penyakit.
2.Selepas 40 hari,semburan baja foliar "Hi-K dan Ca"ke-2 perlu dilakukan.
3.Selepas 52 hari,semburan baja foliar "Hi-K dan Ca"ke-3 perlu dilakukan.
4.Selepas 60 hari,semburan baja foliar "Hi-K dan Ca"ke-4 perlu dilakukan.
PENJAGAAN BUNGA
1.Pemanjangan tangkai.
2.Kelekatan Bunga.
3.Bunga Kembang Mekar.
Peringkat Pengeluaran Tunas Bunga
Gambar
5.07 hari selepas tunas bunga keluar,semburan foliar 'Hi-K dan Ca"perlu dilakukan
Tujuan
1.Pertumbuhan tangkai dan bunga yang seimbang.
2.Meningkatkan tumbesaran kudup bunga.
3.Bekalan nutrien yang seimbang serta proses pembesaran putik.
6.21 hari selepas tunas bunga keluar,semburan foliar 'Hi-K dan Ca"ke 6(fasa bunga kembang)
7.35 hari selepas tunas bunga keluar,semburan foliar 'Hi-K dan Ca"ke 7
Tujuan
1.Meningkatkan kelekatan putik.
2.Tingkatkan kualiti buah dengan merangsang multiplikasi dan pembahagian sel untuk pembesaran buah.
Contoh baja Foliar
1.Calcium 2020
2.Calsium Boron
3.Power K
Cara Semburan
1.Peringkat pembungaan
-Sembur keseluruhan pucuk/daun dan pokok.
(Boleh dicampur dengan racun perosak)
2.Peringkat penjagaan putik
-Sembur keseluruhan tunas bunga,putik,daun dan pokok.
AGEN PENDEBUNGAAN
Gambar
Lalat digunakan sebagai agen pendebungaan kerana sangat aktif dan lebih mudah dibiakkan selain polinator lain.
PENJAGAAN PUTIK
1.Putik lekat
2.Pembesaran Putik Seragam
3.Cepat membesar
Gambar
PENJAGAAN BUAH
1.Buah cepat membesar.
2.Saiz yang seragam.
3.Bentuk yang standard
4.Tidak pecah.
5.Isi yang sedap.
6.Kualiti yang bagus.
1.49 hari selepas tunas bunga,semburan foliar "Hi-Ca.
3.77 hari selepas tunas bunga,semburan foliar "Hi-Ca.
Tujuan
1.Tingkatkan kualiti buah dengan mengurangkan kejadian IFR.
2.Perbaiki kosmetik buah.
BUNGA JANTAN DAN BUNGA HEMOPRODITE
Gambar
Perkembangan Bunga Dan Buah Mangga Harumanis(MA128)
Umur Butiran Spesifikasi
(Minggu)
0 Bunga Kembang Bunga Jantan 1900
Bunga Hemoprodite 300
Nisbah 6.1
Saiz bunga diameter 3mm
1 Berputik Saiz besar kepala mancis
Diameter 6mm
2 Buah Lilitan 4cm
Purata garipusat 1.27 cm
3 Buah Lilitan 8cm
Purata garispusat 2.54 cm
4 Buah Lilitan 12cm
Purata garispusat 3.81 cm
5 Buah-Membalut Lilitan 16cm
Purata garispusat 6.09 cm
Berat 98gm
Isipadu 94cm
6 Buah Lilitan 20cm
Purata garispusat 6.36 cm
Berat 117gm
Isipadu 178cm
7 Buah Lilitan 23cm
Purata garispusat 7.32 cm
Berat 295gm
Isipadu 310cm
8 Buah Lilitan 25cm
Purata garispusat 7.95 cm
Berat 365gm
Isipadu 380cm
9 Buah Lilitan 26cm
Purata garispusat 8.27 cm
Berat 450gm
Isipadu 471cm
10 Buah Lilitan 29 cm
Purata garispusat 9.22 cm
11 Buah Lilitan 29 cm
Purata garispusat 9.22 cm
12 Buah Matang Lilitan 29 cm
Tuai Purata garispusat 9.22 cm
13 Buah masak atas pokok
Musim lepas saya guna baja semburan daun #MKP (0:52:34).
Cadang musim ni mau tukar kepada #KNO3 (13:0:46)
Insya Allah saya bercadang mengunakan KNO3 pada kepekatan 4kg dalam 200 liter air.
Pemerhatian Jabatan Pertanian Perlis pada musim 2015-2017 mendapati pertambahan hasil yang ketara apabila menggunakan KNO3.
Sedikit kelemahan pemerhatian tersebut ialah, pada musim sebelumnya KNO3 tidak digunakan, pada musim pemerhatian semua pokok di sembur KNO3. Tiada pokok yang tinggal untuk perbandingan, walaupun pada lot tanah dan pokok yg sama. Pertama saiz pokok lebih tua setahun, kedua ada kemungkinan cuaca tidak sama, ketiga amalan pengurusan ladang mungkin berbedza bagi dua musim tersebut.
Baja Foliar : Perlu ke tidak?
Aplikasi baja melalui semburan foliar semakin popular di negara kita dan terdapat bermacam-macam jenis baja semburan yg pasaran ketika ini.
Soalnya memang perlukah foliar dan sejauh mana ia berkesan?
Masih banyak kekaburan dalam pendapat (hasil kajian) tentang foliar ini namun satu perkara yg dipersetujui oleh semua pengkaji dan pakar pertanian iaitu:
Baja Foliar Hanyalah Tambahan (Supplement) dan Bukan Pengganti Nutrien dari Tanah.
Jadi, jangan buat kesalahan besar meninggalkan kawalan kesuburan tanah dan bergantung kepada semburan foliar seterusnya mengharapkan hasil yg baik.
Rasional guna foliar:
1.Keadaan tanah mengehadkan kesediaan nutrien yg diaplikasikan.
2.Keadaan kehilangan nutrien dalam tanah yg tinggi (larut resap dll).
3.Pada sesuatu peringkat tanaman yg mana keperluan sesuatu unsur (atau beberapa) tinggi, penghantaran nutrien kepada organ penting tanaman menjadi terhad.
Perkara utama yg perlu kita jelas bahawa semua tumbuhan aerial diselaputi oleh lapisan kutikel yg hidrofobik (anti air), berfungsi mengawal keluar masuk air, larutan, dan gas antara pokok dan persekitaran.
Walaupun foliar masih mampu meresap masuk melalui lapisan kutikel yg berlilin ini tetapi peranan utama dalam serapan foliar dikawal oleh stomata, trichoma dan lenticel.
Jadi bahagian terbaik untuk semburan adalah daun kerana mengandungi stomata (namun ada juga sesetengah buah mempunyai stomata namun tidak banyak seperti daun).
Hasil daripada banyak pengkaji juga menunjukkan bahagian bawah daun menunjukkan serapan nutrien baja foliar yg lebih tinggi berbanding berbanding lapisan atas mengukuhkan pendapat bahawa stomata memainkan peranan penting dlm pengambilan nutrien dari baja foliar.
Faktor pengehad:
1.Spesis dan umur tanaman; mempunyai struktur daun, kanopi dan metablisma yg berbeza.
2.Keupayaan translokasi unsur dari daun ke bahagian lain.
3.Daun muda tak boleh eksport nutrien sepertimana daun matang, manakala daun tua tak mampu import nutrien.
Faktor lain:
Cahaya dan Suhu
Pada tanaman yg ditanam pada kawasan yg tinggi pencahayaan, lapisan kutikel dan lilin daun akan menjadi tebal. Jadi ini akan mengurangkan kadar serapan dan resapan nutrien. Tiada bukti jelas kesan langsung suhu dan cahaya kepada serapan foliar.
Kesan langsung cahaya dan suhu kepada metabolisma pengambilan baja foliar adalah tidak begitu signifikan.
Kelembapan
Kering boleh menyebabkan larutan foliar kering (cristallised) di permukaan daun dan gagal untuk masuk ke dalam tanaman.
Mobiliti dalam floem
Unsur yg mampu dipindahkan dengan mudah boleh digunakan oleh bahagian lain dalam tumbuhan manakala unsur tidak mobile hanya memanfaatkan bahagian yang dirawat dengan foliar sahaja. (rujuk gambar 2).
Persoalan seterusnya adalah ada kesan sampingan penggunaan semburan baja foliar?
Ya, ada iaitu kesan seperti hangus terbakar yang akan menyebabkan kawasan daun efektif akan berkurang dan juga kesan toksiditi jika berlebihan unsur nutrien.
Kesimpulan dari ilmu sains yg memeningkan ini.
Cadangan saya adalah
1. Waktu semburan:
Lakukan waktu pagi ketika metabolisma pokok tinggi (fotosintesis dan translokasi) dan waktu ini stomata sedang terbuka bagi memaksimumkan kemasukan nutrien kedalam pokok.
2. Bahagian semburan:
Daun matang.
-Semburan pada batang seperti yg didakwa boleh dilakukan pada kelapa sawit:
Saya tak berjaya utk jumpa sebarang bukti saintifik yg menyokong keberkesanan cara ini mahupun rujukan yg mengatakan batang pokok sawit dapat menyerap nutrien (baja).
*Pada yg ada boleh tolong kemukakan pada saya.
3. Peringkat sesuai semburan
Peringkat vegetatif dan penghasilan buah
4. Campuran semburan dengan racun kulat dan serangga.
Saya tidak mengesorkan ini kerana kemungkinan wujud ketidakserasian kimia pada campuran tertentu yang akan menyebabkan racun jadi tidak efektif. Selain itu juga gabungan antara racun kulat dan racun serangga juga tidak digalakkan atas alasan yg sama serta turut dilarang atas sebab keselamatan sepertimana pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Management).

Comments