Skip to main content

PENANAMAN


Penanaman di Ladang. 

Awal musim hujan.

Jarak tanaman yang disyorkan  9M X 9M.

123 pokok/ha.

Kenapa perlu tanam pada jarak yg sesuai?

Bagi pengusaha tanaman, antara perkara yg perlu dikenal pasti sebelum menanam sesuatu jenis tanaman adalah jarak tanaman yg sesuai dengan tanaman tersebut.

Apakah sebab perlu kepada jarak ini?

Ada 2 sebab iaitu:

1. Memudahkan pengurusan tanaman.
2. Memberi ruang minimum yg cukup bagi setiap pokok tumbuh dan mengeluarkan hasil yg baik.

1. Pengurusan tanaman

Jarak antara pokok, batas atau sesuatu blok tertentu atas tujuan kesesuaian pengurusan kebun atau ladang tersebut. Sebagai contoh bagi ladang komersil yg besar memerlukan laluan traktor atau lori bagi memudahkan urusan seliaan ladang (spt memotong rumput, membaja dan meracun) dan pungutan hasil. Perkara ini penting dalam memastikan pengurusan kebun/ladang dapat dijalankan dengan efisyen.

2. Pertumbuhan dan pengeluaran hasil

Setiap pokok memerlukan apa selalu disebut ABC iaitu Air, Baja dan Cahaya.

Jadi tanpa jarak yg sesuai dengan saiz dan keperluan fisiologi tanaman tersebut, persaingan untuk mendapatkan tiga komponen tersebut semakin tinggi. Persaingan ini akan menjadi faktor pengehad kepada pertumbuhan dan hasil pulangan tanaman. Selain itu juga, ruang pertumbuhan pokok dan sebaran akar juga akan menjadi terhad.

Kesan jarak tanaman yg terlalu dekat

Dalam pengurusan pertanian moden, persaingan bagi mendapatkan air dan nutrien (baja) yg cukup dapat dikurangkan dengan pengurusan yg baik namun persaingan untuk mendapatkan cahaya tetap menjadi masalah.

Berikut adalah antara kesan kekurangan cahaya akibat jarak tanaman yg terlalu hampir:

1. Pokok lemah

Cahaya diperlukan dalam proses metabolisma asas tumbuhan iaitu fotosintesis bagi menghasilkan makanan untuk tenaga. Pokok yg tidak memperolehi cahaya yg cukup akan menjadi lemah, kelihatan bewarna hijau muda pucat dan mempunyai jarak internod yg lebih panjang.

2. Lambat berhasil

Akibat daripada agihan unsur karbon yg lebih tertumpu kepada pembentukan pucuk bagi mendapatkan cahaya, peringkat vegetatif akan berlanjutan lebih lama.

3. Pokok cepat tinggi

Disebabkan jarak internod yg lebih tinggi dan tumpuan kepada mendapatkan cahaya, batang pokok menjadi lebih tinggi dari kebiasaan.

4. Kanopi lebih kecil

Kanopi akan menjadi lebih kecil akibat ruang yg terhad dan kelihatan lebih menegak. Pada pokok kelapa pelepah tidak terbuka dan kelihatan menegak (erected).

5. Mudah diserang penyakit

Lebih karbon digunakan untuk menghasilkan pucuk baru bagi mendapatkan cahaya, dalam keadaan pokok yg sedia lemah pokok lebih mudah diserang oleh penyakit menurut beberapa kajian.

6. Hasil rendah dan kecil

Bilangan buah terhasil berkurangan, kecil dan berkualiti rendah kerana kekurangan karbohidrat dan pennggunaan unsur karbon yg tidak efisyen.

Oleh sebab itu adalah penting bagi pengusaha memastikan tanaman mendapat ruang yg cukup supaya tanaman dapat memberikan hasil yg diharapkan.

Lubang tanaman digali,berukuran 60cmx60cm. Asingkan tanah atas daripada tanah bawah.Baja organik 10 kg,CIRP 200 g dan tanah atas digaul Bersama dan di masukkan ke dalam lubang tanaman..

Semasa tanaman, lubang digali semula sebesar beg plastik anak Benih yang hendak Ditanam.

Buang plastik dan kerat akar anak pokok yang terlipat@terbengkok.

Gunakan tanah bahagian bawah untuk menutupi di sekeliling pangkal pokok sehingga membentuk seperti busut kecil.

Kayu pancang digunakan supaya anak pokok tidak patah@tumbang ditiup angin.

Sungkupan diletak dipangkal pokok bagi mengekalkan kelembapan dan mengawal rumpai.

Tanam awal musim hujan. Penyiraman Jika perlu.

Pemeriksaan perlu dijalankan Jika ada tanda-tanda serangan Ulat daun/batang.








Comments

Popular posts from this blog

KAWALAN PEROSAK & PENYAKIT

PENGENALAN SERANGGA PEROSAK                   (PUTIK & BUNGA)  1.Terdapat 12 Spesies perosak utama 2.Serangan perosak dari peringkat awal sehingga peringkat pengeluaran buah. 3.bahagian serangan: -Pucuk dan daun muda -Daun Matang -Bunga dan putik -Batang dan akar Kos kawalan serangga dan penyakit mencapai sehingga 40% daripada kos pengeluaran A:PEROSAK PUCUK DAN DAUN MUDA 1 .Deporaus marginatus -Kumbang pengerat daun Tanda-tanda Serangan 1.Kumbang betina memotong daun muda. 2.Memakan lapisan atas tisu daun muda. 3.Daun menjadi cacat kerekot. 4.Daun seperti dikerat atau digunting. Akibat : Pertubuhan/pembesaran pokok terbantut. Kawalan AMALAN PERTANIAN BAIK(APB) 1.Pengawasan kesan kehadiran. 2.Pangkasan berjadual.3 pucuk untuk 1 dahan.Daun yang dipotong dikumpul dan dibakar. Kawalan 1.Sembur racun serangga seperti perawis aktif:   a. Cy...

MEMBALUT BUAH

KEPENTINGAN MEMBALUT BUAH. 1.Elak serangan lalat buah dan perosak lain. 2.Lindung dari hujan dan agen perosak. 3.Kualiti Gred buah A. 4.Warna kulit buah bersinar dan cantik. 5.Cegah berlaku geseran buah dengan daun dan ranting. 6.Elak kecederaan ketika proses penuaian. 7.Lindung dari kesan racun di ladang. 8.Kurang kos racun kimia. ADAKAH PEMBALUT BOLEH DIGUNAKAN 2-3 KALI? TEMPOH MASA MEMBALUT BUAH *5 minggu dari "fruit set" *Ukurlilit buah 16 cm- 19 cm *Pungut hasil selepas 8 minggu dari tarikh balut. KAEDAH MEMBALUT .1.Kertas pembalut yang digunakan adalah seperti kertas pembalut 2 lapisan dan kertas pembalut      putih berlilin@Koko lapisan karbon di dalam. 2.Kertas pembalut disarungkan pada buah dengan berhati-hati sambil menjerut pembalut pada               tangkai buah. 3.Dawai pengikat pada kertas pembalut dililitkan dengan cermat pada tangkai buah.lilitan hendaklah  ...

ARUHAN PEMBUNGAAN

PENGGUNAAN PBZ(PACLOBUTRAZOL TUJUAN 1.Mengalakkan pengeluaran. 2.Berbunga serentak. 3.Banyak bunga/lebat 4.Tangkai panjang/kuat. 5.Menepati masa. KAEDAH MERAWAT PBZ 1.Mudah dan murah tetapi memberi kesan yang baik. 2.Secara siram lencunan di sekeliling pangkal pokok. 3.Sesuai pada pokok selepas 2-3 kali berpucuk. 4.Masa yang sesuai untuk aruhan ialah 2-21/2 bulan(60-75 hari)sebelum jangkaan musim berbunga. 5.Kadar:mengikut umur pokok seperti yang telah ditetapkan pada label. 6.PBZ(pekat)dibancuh dengan 1 liter air bersih dan siram secara lencunan tanah di sekeliling pangkal pokok. POKOK YANG SEDIA/SESUAI UNTUK DIRAWAT DENGAN PBZ 1.Telah berpucuk 2-3 kali selepas pemangkasan. 2.Daun telah matang sekurang-kurangnya  telah bertukar hijau muda. 3.Pokok sihat denagn daun sempurna pada ranting melebihi 30 helai. Kadar: 1.Umur 3-5 tahun(4-6 ml/500ml. 2.Umur 6-9 tahun(6-8 ml/1000ml. 3.Umur >10 tahun(10-14 ml/1000ml. PBZ lebih. 1.Rencat tum...