Pembajaan.
Pembajaan yang sempurna menjamin tanaman tumbuh subur dan memberi hasil yang optimum.
Peringkat pembesaran pokok 1-3tahun.Pembajaan 3-4 kali setahun pada awal dan akhir Musim hujan dengan NPK Hijau.
Peringkat pokok pengeluaran buah, pembajaan dilakukan selepas cantasan dan mengutip hasil dengan NPK biru dan baja Organik.
Fungsi baja
1. Nitrogen (N)
Berfungsi untuk faktor tumbesaran utk stimulasi tumbuhan ia juga membekal pertumbuhan ranting dan daun.
Kekurangan N sebabkan pokok tak sihat dan terbantut. Berlebihan nilai N akan sebabkan kekurangan bunga dan buah
2.Phosphorus (P)
Fungsi sebagai penyalur perkembangan utk pembentukkan bunga yg sihat dan benih.Kekurangan P akan sebabkan tiada pembentukkan bunga dan buah Nilai P berlebihan tidak memberi kesan pd tumbuhan tetapi bermanafaat utk media.
3.Potassium (K).
Fungsi membekal, menstimulasi pertumbuhan tisu baru, pembesaran batang, buah dan bunga dan meningkatkan nilai kemanisan buah.Kekurangan K akan sebabkan pokok terbantut, kekurangan buah, bunga, saiz batang yg kecil dan rasa buah yg hambar. Nilai K yg berlebihan dlm media tidak merosakkan media dan pokok ia memberi kebaikan pada media.
4. Kalsium. (Ca):-
Fungsi membentuk dinding selular yg sihat.Kekurangan Ca sebabkan pokok tak sihat dan tiada bunga serta buah.Berlebihan nilai Ca tidak menyebabkan kesan sampingan dan ia memberi kebaikan pada tanah/media.
5. Magnesium (Mg):-
Fungsi menghantar nutrien dan mineral utk menghasilkan klorofil dan proses biologi.Kekurangan nilai Mg akan sebabkan daun kekuningan dan kelihatan x sihat.Nilai Mg berlebihan x merosakkan pokok dan baik utk media.
6. Sulfur (S)
Fungsi menghantar nutrien dan mineral utk stimulasi penghasilan klorofil, haruman dan warna. Kekurangan nilai S akan sebabkan daun dan pokok x sihat, tiada haruman , warna dan rasa . Nilai S yg berlebihan akan sebabkan pokok hasilkan terlalu banyak buah/bunga dan gula yg berlebihan.
7.Iron (Fe):-
Fungsi melengkapkan proses dalaman iaitu penukaran proses kimia dan hasilan tenaga. Kekurangan nilai Fe akan sebabkan daun x segar dan mengecil serta ketebalan daun menipis.Nilai Fe berlebihan x memudaratkan pokok
8. Zinc (Zn):-
Fungsi adalah meningkatkan nilai dayatahan pokok bila cuaca berubah dan mengubah hormon tumbuhan. Kekurangan nilai Zn sebabkan pokok kelihatan x segar. Nilai Zn berlebihan x merosakkan pokok.
9. Manganese (Mn):-
Fungsi menghasilkan karbohidrat dan gula dlm proses pembesaran. Kekurangan nilai Mn akan sebabkan pokok x sihat dan terbentuk titik dot pd daun. Nilai Mn yg berlebihan sebabkan media berasid.
10. Copper (Cu):-
Fungsi utk stimulasi penghasilan pigmen warna dan rasa. Kekurangan nilai Cu sebabkan pucuk rosak dan pokok mati. Nilai Cu berlebihan sebabkan pokok terbantut dan mati.
11. Boron (B):-
Fungsi menghasilkan pendebungaan, buah dan merancakkan percambahan. Kekurangan nilai B sebabkan pokok terbantut dan mati. Nilai B yg berlebihan baik utk media.
12. Molybdenum (Mo):-
Fungsi utk menghantar nutrien dan mineral dlm penghasilan klorofil. Kekurangan sebabkan daun meleding dan pokok mati.Nilai Mo berlebihan baik utk media.
13. Klorin (Cl):-
Fungsi meningkatkan kematangan, cepatkan buah masak, hasilkan rasa dan bau utk buah/bunga. Tiada kesan sekiranya kekurangan atau berlebihan nilai Cl.

Perbincangan adakah guna baja sebatian terutama yg mengandungi N pada tempoh awal berbunga akan menyebabkan bunga gugur.
Ada pengalaman penanam yg kata pernah tabur baja NPK Blue dan hasilnya tiada bunga yg berjaya menjadi buah matang.
Sy tak dpt memastikan adakah sememangnya bunga tersebut gugur atas sbb baja itu atau sebab yg lain kerana sy tidak punyai pengalaman secara dekat ttg durian seperti mana kelapa.
Walaubagaimanapun, sy percaya keguguran itu bukanlah disebabkan baja tersebut.
Diketahui bahawa baja yg mempunyai unsur K (potassium) yg tinggi digunakan bagi merangsang pengeluaran bunga namun N juga diperlukan utk menghasilkan struktur bunga dan buah.
Dr. Surmsuk Salakpetch dlm kertas pembentangan di Persidangan Antarabangsa Tahunan Buah Tropika yg ke-15 (Fifteenth Annual International Tropical Fruit Conference) di Hawaii juga mencadangkan penggunaan baja Potassium nitrate (13:0:46) pada peringkat awal bunga keluar yg mana kelihatan spt tompokan putih keluar (mata ketam) bagi tujuan meningkatkan pengeluaran pengeluaran bunga.
Namun sy tidak dapat mengatakan pendapat ini lebih tepat dan harus dibuka pada perbincangan dan pengalaman yg dapat memastikan keputusan yg lebih tepat.
Synergy Effect Antara Baja Kimia dan Baja Organik
Dalam membincangkan hubungkait dan saling kebergantungan dua jenis baja ini, sebenarnya kita membincangkan fungsi kedua-duanya dalam kesuburan tanah.
Tanah yg subur dan sihat perlu dinilai dari dua aspek iaitu aspek fizikal dan kimia fizikal di dalamnya. Seterusnya aspek-aspek ini akan menyediakan suatu keadaan yg sesuai bagi pertumbuhan dan aktiviti organisma tanah yg juga akan membantu tanah menjadi semakin subur.
Aspek fizikal adalah tekstur, struktur, profil kedalaman, keupayaan pegangan air, saliran dll.
Aspek kimia fizikal adalah seperti pH, tahap kesediaan unsur perlu tanaman, dan keupayaan tukaran kation/anion.
Jadi apa yg perlu kita tahu adakah baja kimia dan baja organik mempengaruhi ciri-ciri kedua-dua aspek ini dan bagaimana ia bertindak? Penjelasan lengkapnya melibatkan pemahaman kimia fizikal yg agak rumit jadi saya akan cuba permudahkan.
Baja organik yg ditabur pada tanah akan menjadi bahan organik yg mana merupakan sumber tenaga (makanan) bagi organisma tanah seperti alga, yis, bakteria, fungi, nematod, mycorrhizae, dan haiwan kecil. Bahan organik tanah yg biasa ditemui terdiri daripada humus yg mana mengandungi humate, asid humik, asid fulvik, dan humin. Semua bahan-bahan ini mempunyai fungsi masing-masing dalam kesuburan tanah.
Seterusnya kita lihat bagaimana bahan organik dan baja kimia bertindak dalam tanah.
1. Pegangan air
Bahan organik berfungsi meningkatkan kadar pegangan air. Perkara ini adalah merupakan fungsi paling penting kerana dari penilaian kuantitatif air adalah bahan utama yg diambil oleh tanaman dari tanah. Bahan humik dalam bahan organik mempunyai permukaan yg luas serta caj elektrik dalaman, bahan ini berfungsi seperti span. Ia mampu memegang 7 kali ganda isipadunya dalam air, suatu kadar pegangan air yg jauh lebih tinggi berbanding partikel tanah liat. Air yg tersimpan dalam tanah atas (top soil) merupakan medium bagi nutrien yg diperlukan oleh organisma dan akar tanaman.
Jadi bagi tanaman, nutrien dari baja kimia memerlukan fungsi bahan organik ini untuk membolehkan tanaman mengambil nutrien tersebut. Perkara ini juga sangat kritikal untuk tanaman ketika musim kering atau kemarau.
2. Struktur, tekstur dan saliran
Bahan organik juga merupakan komponen utama dalam menghasilkan struktur tanah yg lebih gembur (poros). Struktur karbohidrat yg kompleks diuraikan bakteria kemudian bersama tanah liat dan lempung membentuk agregat tanah. Dalam proses ini caj elektrik terhasil menyebabkan wujudnya daya tarikan yg menyebabkan partikel-partikel tanah yg sangat halus berpadu seterusnya menghasilkan agregat tanah diperlukan. Agregat tanah ini mewujudkan bukaan liang tanah. Keadaan ini membenarkan pertukaran gas dengan udara dan penembusan air (saliran) yg lebih baik.
Jadi unsur-unsur dari baja kimia akan sampai kepada akar tanaman dengan fungsi oleh bahan organik ini.
3. pH tanah (tahap keasidan tanah) dan kesediaan unsur nutrien
pH tanah yg sesuai diperlukan bagi memastikan unsur-unsur diperlukan tanaman tersedia dalam bentuk yg boleh diserap tanaman. Banyak kajian dijalankan menunjukkan bahan organik dapat menjadi bahan penimbal pH tanah dan membebaskan karbon dioksida (CO2). Asid humik dalam bahan organik tanah mempunyai keupayaan untuk menimbal pH tanah dan meneutralkannya.
4. Kadar pertukaran kation
Ciri bahan organik yg bercaj mempengaruhi tindak balas kimia tanah. Ia terlibat dalam tarikan elektrostatik, pembentukan dan persepaduan struktur kimia dan pintasan air (water bridging). Tarikan elektrostatik bahan organik menurunkan jumlah unsur-unsur mikro yg terlarut resap ke air bawah tanah. Permukaan bahan organik yg bercaj negatif akan memegang kation logam seperti ferum, kuprum, zink, magnesium, manganes, dan kalsium seterusnya mengelakkan dari larut resap, toksiditi dan mampu diserap oleh tanaman.
Pengapuran adalah kaedah yg biasa diamalkan dalam pertanian sejak sekian lama bagi mengtasi dan mengurangkan kesan negatif tanah berasid (tanah masam). Kebayakan tanah di Malaysia secara amnya boleh dikategorikan sebagai tanah berasid kerana mempunyai pH yg kurang daripada 7.
Kadar pH optimum kebanyakan tanaman adalah antara 5.5 hingga 6.5.
Ada beberapa jenis kapur pertanian yg biasa digunakan untuk tujuan ini seperti Ground Magnesium Limestone (GML), kapur terhidrat (hydrated lime), dolomite dan lain-lain. Bagi GML kadar yg disyorkan adalah 1.5 tan/ha bagi pH 5.0 - 5.49, 3.0 tan/ha bagi pH 4.5 – 4.99, dan 5.0 tan/ha bagi nilai pH tanah kurang daripada 4.49.
Bagaimana jika kita menggunakan kapur yg terlalu banyak dan berlebihan, adakah ada kesan negatif kepada tanah dan pokok?
Jawapannya, ya!
Antara kesan-kesannya adalah seperti berikut:
1. pH
2. Unsur-unsur mikro (trace elements)
3. Penggunaan air
4. Ketidakseimbangan unsur
Terdapat tulisan daripada pakar kesuburan tanah mengatakan bahawa kesan pengapuran melampau (over liming) ini akan menunjukkan kesan sepenuhnya hanya pada 3 tahun selepas keadaan ini berlaku. Pada tahun pertama tanaman akan menunjukkan kesan positif dan pada tahun ke-3 tanaman mula menunjukkan masalah seperti diatas.
Walaubagaimanapun saya tidak menemukan sebarang kajian ilmiah yg menyokong pendapat ini.

Jadi sekali lagi bahan organik dapat membantu dengan memastikan unsur dari baja kimia tersedia untuk tanaman.
Ini adalah antara yg saling kebergantungan antara baja kimia dan baja organik. Baja organik tak mampu membekalkan unsur dalam jumlah yg tinggi dan segera pada tanaman namun ia menyediakan keadaan yg sesuai, medium pengangkutan dan mengekalkan unsur-unsur tersebut dalam tanah dikawasan yg diaplikasi.
Fungsi bahan organik dalam membantu tumbuhan melawan serangan perosak dan penyakit, mengawal suhu tanah dan kadar sejatan air serta hubungan langsung dengan organisma tanah kita bincang pada post lain memandangkan kita fokus pada hubungan simbiotik antara baja kimia dan baja organik pada kali ini.
Pengapuran Keterlaluan, Apa Kesan Pada Tanah dan Pokok?
Tanah yg nilai pH rendah mempunyai masalah pengikatan unsur-unsur nutrien yg diperlukan oleh tanaman pada tanah. Sebagai contoh fosforus (dlm bentuk fosfat) akan terikat dan tidak boleh diserap oleh tanaman namun pada pH tinggi juga menyebabkan pengikatan fosfat serta unsur lain iaitu ferum, boron, mangan, kuprum dan zink.
Semakin tinggi kandungan kalsium dalam tanah, kesan dari pengapuran maka semakin tinggi kemungkinan unsur-unsur mikro, kalium dan magnesium terikat pada tanah yg mana kewujudkan keadaan tanaman tidak akan boleh menyerap unsur-unsur ini. Keadaan ini akan akan menyebabkan tanaman akan mengalami kekurangan nutrien seterusnya menjejaskan pertumbuhan dan hasil.
Aplikasi kalsium pada tanah akan meningkatkan liang dalam tanah. Keadaan ini adalah baik sehingga ia mencapai separuh daripada jumlah isipadu tanah. Selepas itu tanah akan mudah menjadi kering dan menyebabkan kadar penggunaan air pada ladang/kebun menjadi tidak efesien dan meningkatkan kos pengeluaran.
Penggunaan kapur tidak mengikut sukatan dan keperluan yg betul akan menyebabkan ketidakseimbangan unsur dalam tanah terutama bagi kapur yg mempunyai kadar magnesium yg tinggi seperti dolomite akan mengganggu menyerapan unsur-unsur lain. Keadaan ini juga akan menjejaskan tanaman.
Jadi apa yg perlu dilakukan bagi mengelakkan perkara ini terjadi adalah dengan menjalankan ujian pada tanah sebelum melakukan pengapuran bagi mengelakkan pengapuran melampau.
Baja Organik vs Baja Kimia
Kebaikan Baja Organik
1.Memperbaiki struktur tanah dan meningkatkan keupayaan tanah memegang air dan nutrien.
2.Disebabkan kadar pelepasan nitrien rendah, kemungkinan terlebih baja yg boleh merosakkan tanaman adalah rendah.
3.Risiko pengumpulan toksid dan garam berlebihan yg berbahaya kepada tanaman adalah sangat rendah.
4.Boleh diuraikan dengan sempurna, lestari (sustainable) dan mesra alam.
5.Walaupun baja organik proses secara perbandingan mahal berbanding baja kimia namun baja organik boleh dihasilkan sendiri secara kompos dan dengan campuran mikroorganisma bermanfaat.
6.Kesan residu nutrien adalah tinggi, beri kesan kepada tanaman dalam jangka masa panjang.
Kelemahan Baja Organik
1.Penguraian nutrien dalam baja organik memerlukan mikroorganisma tanah. Organisma ini memerlukan keadaan suhu yg sesuai (25-40°C), jadi kadar penguraian bergantung kepada cuaca. Negara kita secara amnya tidak terganggu dengan masalah ini.
2.Penguraian baja organik mengambil masa untuk nutrien tersedia di dalam tanah bagi kegunaan tanaman. Jadi kesannya tidak akan nampak segera.
3.Kadar nutrien dalam baja organik tidak diketahui secara spesifik namun sekarang terdapat baja organik proses yg sudah diketahui kadar nutriennya. Walaubagaimanapun apabila di tabur di tanah, kadarnya juga tidak dapat diketahui.
-----------------------------------------------
Kebaikan Baja Kimia
1.Nutrien dalam baja kimia terus sedia untuk tanaman, maka kesan akan dapat dilihat dalam beberapa hari sahaja (bergantung kpd species tanaman).
2.Dianalisis secara rapi supaya kadar nutrien sesuai dengan keperluan tanaman.
3.Mempunyai label dan penerangan kandungan yg standard, jadi lebih mudah difahami.
4.Tidak begitu mahal berbanding baja organik.
Kelemahan Baja Kimia
1.Dihasilkan dari sumber yg tidak boleh diperbarui seperti petroleum.
2.Membantu pertumbuhan tanaman tetapi tidak menyuburkan tanah. Baja kimia juga tidak mengganti unsur mikro yg hilang akibat penanaman berterusan seterusnya akan menyebabkan kerosakan pada tanah dalam jangka masa panjang.
3.Boleh menyebabkan lebihan nutrien dan toksiditi yg bukan sahaja menyebabkan pokok mati tetapi juga merosakkan ekosistem.
4.Kadar larut resap tinggi yg memerlukan aplikasi tambahan yg berterusan.
5.Boleh menyebabkan terkumpulnya bahan berbahaya yg tinggi seperti arsenik, kadmium dan uranium dalam tanah seterusnya diserap tanaman. Akhir sekali kepada kita manusia yg memakan hasil tanaman.
6.Penggunaan dalam jangka masa lama akan mengubah pH tanah, mengganggu aktiviti organisma tanah, meningkatkan perosak dan penyakit, dan juga pelbagai jenis pencemaran.
Jadi, gunakan kedua-duanya dengan cermat.
Bahan yg dibenarkan dalam pertanian organik
Umum telah diketahui bahawa dlm penghasilkan produk pertanian organik tidak dibenarkan penggunaan sebarang bahan kimia sintetik termasuk baja dan racun.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa jenis baja bukan organik yg biasa digunakan yg mana diperolehi secara semulajadi seperti potassium sulfate (K2SO4) dibenarkan. Selain itu disenaraikan bahan yg dibolehkan dalam pertanian organik (organically acceptable):
1. Kalsit, batu kapur kalsit: 95% to 100% kalsium karbonat.
2. Koloid fosfat atau jenis lembut : 0% N, 18% to 20% P, 27% Ca, 1.7% silika ferum fosfat, 14 trace elements lain.
3. Dolomite, batu kapur dolomite : 51% kalsium karbonat, 40% magnesium karbonat.
4. Debuan granit, serbuk granit : 0% N, 0% P, 3% to 5% K, 67% silika, 19 trace mineral granit hancur.
5. Pasir hijau, glauonite : 0% N, 10% P, 5% to 7% K, 50% silika, 18% to 20% ferum oksida, 22 trace minerals.
6. Gypsum (kalsium sulfat) : 23% to 57% C, 17.7% S
7. Langbeinite : 0% N, 0% P, 22% K, 22% S, 11% Mg
8. Rock phosphate* : 0% N, 22% P, 0% K, 30% Ca, 2.8% Fe, 10% silika, 10 trace minerals lain.
9. Sulfur (elemental) : 100% S
*untuk tambahan nutrien jika tidak mencukupi, perlu dibuktikan secara dokumentasi.
Comments