Pemangkasan adalah amalan penting yang perlu dilakukan.
Tujuan๐
1.Dapat rangka bentuk yang lebih elok dengan sistem percabangan yang mantap.
2.Mengawal ketinggian pokok seperti yang dikehendaki.
3.Serangan musuh dan penyakit dapat dikurangkan.
4.Cahaya matahari juga dapat menembusi di celah-celah Bahagian pokok sertai peredaran udara yang sempurna pada keseluruhan bahagian pokok.
Dua Tujuan Pemangkasan:
1.Pemangkasan Pembentukan
-Sistem terbuka tengah paling berkesan.
-Batang Utama dipotong pada ketinggian 0.7-0.8,m dari paras tanah.
-Biarkan 3 dahan yang tumbuh membesar untuk membentuk dahan Utama.
-Dahan tersebut akan menunas lagi dan di biarkan membentuk Cabang pada paras 0.6m dari Cabang Utama.
-Pilih 2-3 dahan sahaja membesar untuk membentuk paras Cabang peringkat ketiga seterusnya.
-Pokok-Pokok dilatih mengikut sistem tidak begitu meninggi, dan mempunyai bentuk yang rendang.
-Akan memberi pergerakan udara dan memudahkan kerja PENJAGAAN pokok seperti penyemburan, MEMBALUT buah dan mengutip hasil dapat dijalankan dengan sempurna.
2.Pemangkasan Penjagaan.
-Menjaga bentuk pokok supaya dapat rangka yang baik dan memberi pendedahan cahaya matahari dan pengedaran udara.
Mengawal serangan Perosak yang membantu pembesaran pokok.
-Dahan-dahan yang tidak dikehendaki.
a.Dahan yang terlalu rendah.
b.Dahan bersilang.
c.Dahan berpenyakit.
d.Tunas-tunas air.
e.Dahan kecil yang tidak produktif dan menghalang pengedaran udara.
Selepas pungutan hasil,ranting yang telah mati,ranting buah,/bunga dan ranting yang berpenyakit hendaklah dicantas.
Pemangkasan dapat meningkatkan pengeluaran bunga dan buah pada Musim akan datang.
Perhatian terhadap aspek kebersihan alatan Pemangkasan.
Dijalankan diawal Musim hujan.
Lepas pangkas pembajaan dilakukan.
Potongan dahan dan ranting hendaklah dibuat rapat dengan dahan Utama @ batang asal.
Apa fungsi "topping dahan utama" dan kenapa kena buat?
๐Tanaman sesuai di Topping adalah spt buah-buahan spt nangka, durian, betik, jambu, durian belanda, limau dll. Tanaman Kelapa, jagung, pisang atau sayuran tidak termasuk.
๐งชApabila topping dilakukan, kita sebenarnye bukan bermatlamat memotong pucuk utama tersebut, tetapi kita sebenarnye MEMBUANG HORMON AUKSIN yang wujud pada pucuk dahan utama tersebut.
๐ณUmumnya pucuk dahan utama mengandungi hormon auksin berkepekatan tinggi, hormon ini merangsang pucuk pada dahan utama agar semakin meninggi untuk mencari cahaya yang lebih banyak, lebih berfokus kpd pembesaran batang utama agar lebih gagah dan kukuh, dan yang paling sadisnya, ia sekaligus mendormankan (menghalang) pertumbuhan sisi serta akar yang lebih baik.
๐ฟJadi apabila topping dilakukan, sebahagian hormon auksin ini dibuang daripada pokok, ini menyebabkan kepekatan hormon auksin pada pokok menjadi rendah dan menggalakkan pertumbuhan sisi pokok dan akar. Ia menjadikan dahan-dahan sisi yang lebih besar, kuat dan aktif berpucuk/ berbuah serta akar yang lebih banyak dan kuat.
๐ง๐พJadi jangan sayang atau takut untuk melakukan topping kepada pokok anda kerana sy percaya anda takkan sanggup memanjat pokok anda semata-mata nak membalut buah-buah yang tinggi melangit itu.
๐ง⚕️Silap gaya, terjatuh, anda "balik awal" ataupun anda bakal mengalami kecederaan. Akhir kata dari saya, "Tak nak topping pun takpe, cuma pastikan anda boleh terbang".๐ฆธ
Comments