Skip to main content

PASCA TUAI


PENUAIAN

Mengenal Kematangan

1.Pengiraan Umur

Kiraan Umur Pelbagai varieti mangga-Kematangan minimum untuk dipetik

Varieti Harumanis 12 minggu dari Putik.

Varieti Nam Dok Mai 12 minggu dari putik.

Varieti Chok Anan 10 minggu dari putik.

Varieti Perlis Sunshine 12 minggu dari Putik.

Varieti Maha 16 minggu dari putik.

2.Sifat luaran/fizikal.

1.Bentuk yang penuh atau mengembung.

2.Kulit cekang.

3.Pembentukan debu putih(bloom) pada permukaan kulit.

Kaedah Penuaian

1.Memetik pada waktu paling sejuk-Pagi atau lewat petang.

2.Menggunakan peralatan yang sesuai.

3.Elakkan meletak buah tanpa lapik.

4.Elakkan memetik semasa buah masih
   basah(embun/hujan)

5.Kumpul di tempat teduh.

6.Elakkan tersentuh dengan minyak atau
   kimia yang bukan untuk rawatan.

Langkah-langkah mengurangkan kecederaan penuaian.

1.Gunakan bekas yang bersih, licin, dan
    tiada bahagian yang tajam.

2.Bekas yang kukuh.

3.Susun dengan kemas.

4.Gunakan bahan pengalas.

5.Elakkan gegaran @ hentakkan yang kuat.

Pemilihan

Pilih Mangga yang berkualiti-segar,bebas daripada kecatatan dan kerosakan.

Aktiviti

1.Kertas pembalut buah ditanggalkan.

2.Mengasingkan buah cedera, berpenyakit, cacat, tidak matang dan terlalu masak.

3.Memotong tangki-tinggal sehingga 5 mm panjang.

PEMBERSIHAN

1.Membersihkan buah dari kotoran ladang dan benda asing.

2.Bilas dengan air bersih.

3.Seterusnya basuh dengan air berklorin(mengandung 100 ppm sodium hypochlorite)Pasaran Jepun

MENGERING DAN MEMERAM

Menyejuk dan mengeringkan buah di atas rak, Kipas boleh digunakan untuk mempercepatkan proses pengeringan dan seterusnya buah-buah diperam untuk pemasakan yang seragam.

PROSES KEMASAKAN

Pemasakan secara aruhan

1.Buah masak seragam.

2.Menggunakan bahan aruh

A-Gas atilena(Ethlene)kepekatan 5 bpj.

B-Kalsium karbiada(karbaid)menghasilkan gas  asetilina pada kadar 2 gm /kg mangga dengan bungkusan karbait dilembabkan.
Pengalaman Pusat Pertanian Bukit Bintang)

3.Suhu optimum pemasakan 20-25

4.Kelembapan banding an (RH) 85%-90%

5.Tempoh peram 48-72 Jam

6.Mangga masak selepas 2-3 hari

RAWATAN

1.Mengawal penyakit bintik berpusar
   (antraknos) penyakit reput pangkal buah.

2.Rendaman 5 minit di dalam air yang dipanaskan pada Suhu 50 c hingga 52 c.

KRITERIA PEMILIHAN BUAH HARUMANIS(MA128)

MANGGA YANG TIDAK DIKEHENDAKI PASARAN

PEMBUNGKUSAN

1.Melindungi buah daripada calar dan kecederaan mekanikal dengan baik.

2.Pengenalan Varieti, bilangan buah dan
berat bersih pada pembungkus.

3.Meningkatkan daya terikan di pasaran sebab semua buah dalam Satu Kotak dapat dilihat.









Comments