Kejadian reput dalam buah ialah kerosakan fisiologi tisu buah yang tidak melibatkan mikroorganisma. Kerosakan ini menyebabkan isi buah dibahagian bawah berhampiran dengan paruh menjadi reput dan menjejaskan mutu buah. Masa kejadian 10 minggu selepas berputik. Buah yang terjejas tidak menunjukkan sebarang tanda kerosakan di bahagian luar, Buah masak kurang kekejalan dibahagian lekuk berhampiran paruh buah dapat dikesan apabila ditekan. Apabila dipotong memanjang,buah ini menunjukkan isi yang berwarna jingga kecoklatan,lembik,berair dan sering diiringi bau terfermentasi. Teruk isi buah berwarna coklat tua atau kehitaman dan kerosakan merebak hampir keseluruh buah. Kerosakan lebih mudah berkembang dalam buah yang mempunyai kandungan N dan K yang tinggi tetapi Ca yang rendah. Bekalan N dan K yang berlebihan akan mengurangkan kandungan Ca di dalam Daun dan Buah. Cara bersepadu disyorkan untuk mengawal dan mencegah kejadian reput dalam buah yang melib
Disebabkan:Kulat Phytophthora sp. Biasanya menyerang Tanaman Durian Amalan Pertanian Baik(APB) 1.Jika serangan teruk musnahkan pokok yang telah mati dengan mencabutnya bersama akar dan dibakar. 2.Lubang yang tinggal hendaklah dirawat dengan sulfur untuk mengelakkan pertumbuhan kulat antagonistic. 3.Pada tanda serangan baru,kikis bahagian permukaan kulit yang dijangkiti,sapu permukaan yang terdedah dengan racun seperti metalaxyl atau fosetyl aluminium mengikut kadar pada label. 4.Sistem peparitan mestilah sentiasa dalam keadaan baik. 5.Bagi penanaman baru,penanaman hendaklah mengikut jarak yang disyorkan. 6.Elakkan kecederaan pada bahagian akar dan pangkal pokok yang berdekatan dengan tanah. 7.Pengawasan penyakit pada peringkat awal bagi membendung serangan penyakit.