Skip to main content

Posts

IFR-Insidious fruit rot

Kejadian reput dalam buah ialah kerosakan fisiologi tisu buah yang tidak melibatkan mikroorganisma. Kerosakan ini menyebabkan isi buah dibahagian bawah berhampiran  dengan paruh menjadi reput dan menjejaskan mutu buah. Masa kejadian 10 minggu selepas berputik. Buah yang terjejas tidak menunjukkan sebarang tanda kerosakan di bahagian luar, Buah masak kurang kekejalan dibahagian lekuk berhampiran paruh buah dapat dikesan apabila ditekan. Apabila dipotong memanjang,buah ini menunjukkan isi yang berwarna jingga kecoklatan,lembik,berair dan sering diiringi bau terfermentasi. Teruk isi buah berwarna coklat tua atau kehitaman dan kerosakan merebak hampir keseluruh buah. Kerosakan lebih mudah berkembang dalam buah yang mempunyai kandungan N dan K yang tinggi tetapi Ca yang rendah. Bekalan N dan K yang berlebihan akan mengurangkan kandungan Ca di dalam Daun dan Buah. Cara bersepadu disyorkan untuk mengawal dan mencegah kejadian reput dalam buah yang melib
Recent posts

PENYAKIT BENGKAK CERANA-PIT FELDA CHUPING

Disebabkan:Kulat Phytophthora sp. Biasanya menyerang Tanaman Durian Amalan Pertanian Baik(APB) 1.Jika serangan teruk musnahkan pokok yang telah mati dengan mencabutnya bersama akar dan dibakar. 2.Lubang yang tinggal hendaklah dirawat dengan sulfur untuk mengelakkan pertumbuhan kulat antagonistic. 3.Pada tanda serangan baru,kikis bahagian permukaan kulit yang dijangkiti,sapu permukaan yang terdedah dengan racun seperti metalaxyl atau fosetyl aluminium mengikut kadar pada label. 4.Sistem peparitan mestilah sentiasa dalam keadaan baik. 5.Bagi penanaman baru,penanaman hendaklah mengikut jarak yang disyorkan. 6.Elakkan kecederaan pada bahagian akar dan pangkal pokok yang berdekatan dengan tanah. 7.Pengawasan penyakit pada peringkat awal bagi membendung serangan penyakit.

SYOR PENGGUNAAN RACUN

Jadual Penggunaan

PENGAIRAN

KEPERLUAN PENGAIRAN 1.Tanaman Mangga Harumanis memerlukan kemarau yang cukup panjang 1-2 bulan untuk     menggalakkan pembungaan. 2.Musim kering yang panjang adalah kebaikan kepada Tanaman Mangga: -Menigkatkan dan melebatkan pengeluaran bunga. -Kerosakan bunga disebabkan serangan kulat sangat berkurangan. -Boleh meningkatkan pendebungaan dan pembentukan putik. KEPENTINGAN PENGAIRAN Bagaimana pun kering yang melampau menyebabkan: 1.Pokok dan daun layu-tunas bunga tidak dapat pecah. 2.Bunga yang terbit menjadi layu-polen menjadi tidak aktif 3.Keguguran putik buah berlaku-kelekatan putik buah sangat rendah atau tiada 4.Keguguran putik buah terus berlaku dengan banyak sehingga buah berumur 5 minggu. 5.buah yang lekat bersaiz kecil dan kadangkala bentuk tidak normal. Gambar PROGRAM PENGAIRAN SEPANJANG KITARAN PERTUMBUHAN MANGGA 1.Awal tanam(1-2 tahun)- 10L /hari. 2.Tampang(3-5 tahun)- 40L /hari. 3.Matang(>8 tahun)- 100L /hari. 4.Sebelum keluar bunga

ARUHAN PEMBUNGAAN

PENGGUNAAN PBZ(PACLOBUTRAZOL TUJUAN 1.Mengalakkan pengeluaran. 2.Berbunga serentak. 3.Banyak bunga/lebat 4.Tangkai panjang/kuat. 5.Menepati masa. KAEDAH MERAWAT PBZ 1.Mudah dan murah tetapi memberi kesan yang baik. 2.Secara siram lencunan di sekeliling pangkal pokok. 3.Sesuai pada pokok selepas 2-3 kali berpucuk. 4.Masa yang sesuai untuk aruhan ialah 2-21/2 bulan(60-75 hari)sebelum jangkaan musim berbunga. 5.Kadar:mengikut umur pokok seperti yang telah ditetapkan pada label. 6.PBZ(pekat)dibancuh dengan 1 liter air bersih dan siram secara lencunan tanah di sekeliling pangkal pokok. POKOK YANG SEDIA/SESUAI UNTUK DIRAWAT DENGAN PBZ 1.Telah berpucuk 2-3 kali selepas pemangkasan. 2.Daun telah matang sekurang-kurangnya  telah bertukar hijau muda. 3.Pokok sihat denagn daun sempurna pada ranting melebihi 30 helai. Kadar: 1.Umur 3-5 tahun(4-6 ml/500ml. 2.Umur 6-9 tahun(6-8 ml/1000ml. 3.Umur >10 tahun(10-14 ml/1000ml. PBZ lebih. 1.Rencat tumbesa

PASCA TUAI

PENUAIAN Mengenal Kematanga n 1.Pengiraan Umur Kiraan Umur Pelbagai varieti mangga-Kematangan minimum untuk dipetik Varieti Harumanis 12 minggu dari Putik. Varieti Nam Dok Mai 12 minggu dari putik. Varieti Chok Anan 10 minggu dari putik. Varieti P erlis Sunshine 12 minggu dari Putik. Varieti Maha 16 minggu dari putik. 2.Sifat luaran/fizikal. 1.Bentuk yang penuh atau mengembung. 2.Kulit cekang. 3.Pembentukan debu putih(bloom) pada permukaan kulit. Kaedah Penuaian 1.Memetik pada waktu paling sejuk-Pagi atau lewat petang. 2.Menggunakan peralatan yang sesuai. 3.Elakkan meletak buah tanpa lapik. 4.Elakkan memetik semasa buah masih    basah(embun/hujan) 5.Kumpul di tempat teduh. 6.Elakkan tersentuh dengan minyak atau    kimia yang bukan untuk rawatan. Langkah-langkah mengurangkan kecederaan penuaian. 1.Gunakan bekas yang bersih, licin, dan     tiada bahagian yang tajam. 2.Bekas yang kukuh. 3.Susun dengan kemas. 4.Gunakan bahan pengalas.

PENGGUNAAN BAJA FOLIAR

MASA SEMBURAN BAJA FOLIAR. Mangga Harumanis akan mengeluarkan tunas bunga selepas 70 hari rawatan penggalak bunga    (paclobuttrazol) 1.Selepas 10 hari,pokok perlu disembur baja Foliar "Hi-K dan Ca"pertama. Tujuan: a.Cepat pengambilan nutrien oleh tanaman. b.Tingkat kesuburan pokok. c.Galakkan pembentukan buah. d.Baiki rupabentuk luaran buah. e.Tinggikan daya ketahanan terhadap penyakit. 2.Selepas 40 hari,semburan baja foliar "Hi-K dan Ca"ke-2 perlu dilakukan. 3.Selepas 52 hari,semburan baja foliar "Hi-K dan Ca"ke-3 perlu dilakukan. 4.Selepas 60 hari,semburan baja foliar "Hi-K dan Ca"ke-4 perlu dilakukan. PENJAGAAN BUNGA 1.Pemanjangan tangkai. 2.Kelekatan Bunga. 3.Bunga Kembang Mekar. Peringkat Pengeluaran Tunas Bunga Gambar 5. 07 hari selepas tunas bunga keluar,semburan foliar 'Hi-K dan Ca"perlu dilakukan Tujuan 1.Pertumbuhan tangkai dan bunga yang seimbang. 2.Meningkatkan tumbesaran kudu